Posts

Showing posts from November, 2011

I love good advice.

I love good advice.

Quran Explorer

Quran Explorer

Kehidupan yang baik.(16/97-100)

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. (97) Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam. (98) Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. (99) Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah. (100)

Hidup yang sempit.

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".(20/124)

1 muharam

1 muharam

KISAH NABI-NABI ALLAH - Forum HARMONI

KISAH NABI-NABI ALLAH - Forum HARMONI

Surat At-Tawbah - The Holy Qur'an - القرآن الكريم

Surat At-Tawbah - The Holy Qur'an - القرآن الكريم

Hati Tidak Bahagia

Sebab Hati Tidak Bahagia Sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya mazmummah di dalam hati. Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:- a) Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. b) Pendendam Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. c) Hasad dengki Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. d) Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fa