Posts

Rab-Ul-Khalee.

Rab-Ul-Khalee.

Surah al Mukminun. (ayat 1-11)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1)  Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2)  Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (3)  Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). (4)  Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (5) Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. (6)  Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (7)  Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. (8)  Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. (9)  Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. (10)  Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (11)

Surat Al Baqarah Full by Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy - YouTube

Surat Al Baqarah Full by Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy - YouTube

I love good advice.

I love good advice.

Quran Explorer

Quran Explorer

Kehidupan yang baik.(16/97-100)

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. (97) Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam. (98) Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. (99) Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah. (100)

Hidup yang sempit.

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".(20/124)